Apa Itu RFID Dan Bagaimana Ianya Berfungsi?

Sejak beberapa tahun ini, terma RFID semakin kerap menjadi sebutan.Dan kita dapat lihat banyak penawaran teknologi ini yang tersedia pada dompet lelaki mahupun wanita. Jadi, apakah RFID Blocking? dan kenapa ia perlu ada pada sesebuah dompet ?

Apa Itu RFID ?

Secara asasnya, RFID membawa maksud "Radio-Frequency Identification" dan ianya merujuk kepada teknologi di mana data digital yang dikodkan dalam tag RFID atau "smart label" ditangkap oleh pembaca melalui gelombang radio. Pada masa kini, Tag RFID wujud di dalam pelbagai bentuk termasuk Kad Kredit dan Kad Debit anda.


Cara sistem RFID berfungsi adalah hampir sama dengan sistem barcoding kerana data dari label ditangkap oleh peranti(scanner) yang menyimpan data dalam pangkalan data.

Contoh penggunaan RFID yang paling common di Malaysia adalah:

  • Paywave. Di mana card hanya perlu di layangkan kepada scanner, dan scanner dapat membaca data dari kad tersebut dan membuat potongan wang.
  • Penggunaan RFID untuk membayar tol di lebuh raya. Dimana potongan wang dilakukan secara automatik ketika kereta dengan RFID Tag melalui scanner.

Kenapa ciri RFID-Blocking perlu ada pada sesebuah wallet ?
Wallet dengan RFID Blocking wujud kerana adanya jenayah-jenayah baru seperti RFID Skimming ataupun RFID Theft. Jenayah ini adalah dimana pencuri akan menggunakan cara yang tidak sah untuk mencuri data daripada kad mangsa yang mempunyai RFID Tag.

Jenayah ini boleh dilakukan dengan mudah tanpa mangsa sempat untuk menyedarinya. Ini kerana pencuri mampu melakukan RFID skimming dengan menggunakan pengimbas secara wireless tanpa perlu bersentuhan dengan mangsa.

 

Oleh itu, terdapat usaha-usaha untuk membuat dompet dan wallet yang lebih selamat dengan dilengkapi fungsi RFID-Blocking. Dompet jenis ini akan dijahit bersama bersama anti-radiation fabrik. Fabrik ini berfungsi dengan cara menghalang scanner daripada penjenayah untuk mencuri maklumat di dalam kad pengguna. Fabrik ini akan mampu untuk menghalang RFID Skimming untuk berlaku selagi mana kad masih berada di dalam wallet. 

Jadinya, pada zaman modern ini, adalah agak penting untuk anda dapatkan wallet dengan kelebihan RFID Block untuk mengelakkan kecurian data peribadi.

  

Kami bagi pihak Vaska Bag juga tidak ketinggalan untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan ini ke dalam dompet buatan kami. Ini kerana, kami percaya bahawa jenayah ini adalah jenayah yang sangat licik dan mampu berlaku kepada sesiapa pun. Jadi, adalah menjadi tanggungjawap kami untuk membina dompet yang lebih selamat dan dihidangkan untuk dihidangkan kepada pengguna. Boleh dapatkan wallet anti-RFID ciptaan kami di sini.

>> TEKAN SINI



Leave a comment