About Us || Local Bag Brand From Malaysia

Vaska Bag Malaysia adalah sebuah syarikat beg dari Malaysia yang ditubuhkan pada 2019. Kami mempunyai 4 tahun pengalaman dalam memperdagangkan pelbagai jenis beg. Kami telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama ULTRAS STORE(RA0043960-M)

Setelah beberapa ketika menjual beg, kami mempunyai perasaan tidak berpuashati terhadap quality dan functionality yang ada pada beg-beg di pasaran. Jadi pada tahun 2019, kami membuat keputusan untuk mengeluarkan beg jenama kami sendiri iaitu VASKA

Misi kami mudah, kami mahu membina beg-beg yang lebih praktikal, tahan lama dan sedap mata memandang. Oleh itu, setiap beg keluaran kami wajib melalui 2 fasa iaitu Functional Test dan Tough Test sebelum dipasarkan secara berleluasa kepada pelanggan.