Satu Link, Hubungkan Semua Sosial Media. Tutorial Linktree Malaysia

Assalamualaikum geng. Saya tengok zaman sekarang ni ramai orang yang buat bisnes secara online di sosial media. Tapi masalahnya, sosial media ni terlalu banyak. Ada Facebook, Instagram, Twiter, Youtube dan macam-macam lagi.



Tujuan saya buat posting ini adalah bertujuan untuk cerita, macam mana kita nak hubungkan setiap sosial media bisnes kita ni hanya dengan 1 link !


Ok jom kita mula. Bila kita buat bisnes ni, audience kita ada di banyak social media. Contoh macam kami di vaska. kami ada Facebook, Instagram, Twitter dan juga Youtube. Jadi macam mana kami nak hubungkan antara kesemua platform ini hanya dengan 1 link(yang akan diletakkan pada bio di setiap platform)

Contoh lah ada sorang ni dia nampak posting kami di Twiter dan dia berminat dengan jenama vaska lalu ingin follow Vaska di platform yang lain


Macam mana cara paling mudah untuk kami nak tarik dia supaya dia follow ig aku dan subscribe youtube channel aku?

Apa yang kami gunakan untuk selesaikan masalah ni adalah Linktree. Benda ini adalah link yang membawa seseorang ke satu landing page. Dekat landing page tu kita boleh letak semua link sosial media yang kita ada.

 



Ok saya faham, bila saya cerita macam ni ramai yang blur dan tak berapa faham. Jadi jom saya tunjuk secara tutorial macam mana nak buat dengan video di bawah:

 

Jika video dibawah membantu, anda boleh subscribe Youtube Channel untuk tonton konten-konten perniagaan secara percuma.

 

Dan jika anda sedang mencari beg atau wallet. Saya ingin jemput anda untuk cuba kualiti produk kami. Tekan sini.

 

2 comments

junnainah

assalamualaikum.. macamana nak guna untuk perniagaan yang melibatkan servis? pendidikan awal kanak2 taska n tadika
adakah link boleh ditukar menjadi link pendaftaran?

Serie

Penjelasan yg mudah difahami. Tksh

Leave a comment