Water Proof VS Water Resist. Mana Lebih Bagus?

Selalu kita dengar sebelum beli apa-apa produk:

"Produk ini Water Proof"

"Produk ni Water Resist"

Apa beza?

Mana satu lagi bagus?



Disclaimer sikit. Tulisan ni adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya selama membaca dan berkecimpung dalam bidang beg. Jika ada apa-apa kesalahan fakta, boleh betulkan di ruangan komen.

 

APA ITU WATER RESISTANT?


Secara asas, water resistant ni bermaksud tahan air. Maksudnya, barangan tersebut tahan air pada kadar tertentu. Namun, bila lebih daripada kadar yang produk tu mampu tahan, produk tersebut masih akan rosak/basah atau masuk air.

Dari sudut produk beg. Bag water resistant ni bermaksud beg tersebut tahan air. Tahan air ni maksudnya, fabric yg diguna pakai untuk buat beg tu, boleh resist air pada kadar tertentu. Namun, jika direndam, beg tersebut masih akan masuk air.



Beg water resist ni selalunya dibina menggunakan material yang waterproof ataupun water resistant.

Pelik bukan?

Kenapa buat beg pakai material water proof. Tapi beg tak sampai ke tahap waterproof.


Sebabnya, material waterproof saja tak cukup untuk menjadikan sesebuah beg tu waterproof.

Sebenarnya selain fabric, cara penghasilan beg jugak penting untuk memastikan beg tu betul-betul waterproof. Saya bagi sedikit tips, kalau beg tu berjahit, memang confirm tak akan jadi waterproof.

Sebabnya air masih dapat masuk melalui lubang-lubang jahitan jika beg tersebut direndam dalam air.

 

APA ITU WATERPROOF?


Untuk waterproof pula, ia bermaksud produk tersebut memang kalis air. Terdedah lah dengan air macam mana pun, produk tersebut tidak akan rosak.

Produk yg waterproof ni boleh direndam di dalam air. Namun begitu, selalunya pengeluar akan letakkan limit berapa meter kedalaman air untuk produk tu mampu tahan. sebabnya, bila terlalu dalam, air akan masuk ke dalam produk disebabkan faktor tekanan.


Untuk beg, ia dikira waterproof sekiranya kita boleh rendam dalam air dan bila kita bawa keluar dari air. Barang dekat dalam kekal kering.

Beg yang waterproof mesti dibina dengan material yang waterproof serta cara pembinaan yang betul supaya air tak dapat masuk.


Selalunya beg macam ni, pengeluar akan pakai RF welding untuk sambungkan fabric bag. Dengan cara RF welding ni, memang tak akan ada ruang untuk air masuk pada bahagian sambungan fabric tersebut.

Beg jenis macam ni paling mudah anda nak kenal pasti adalah, apabila ditutup, udara dari dalam beg pun tak akan dapat keluar. Kebanyakan beg jenis ni kita akan dapat di lihat di pulau-pulau atau berdekatan dengan pantai. Beg jenis ini akan pakai roll top mechanism untuk menutup beg.


Pros and Cons: 


BEG WATERPROOF:
Cons:
- Akses point tak banyak
- Rolltop
- Tak banyak compartment

Pros:
- Boleh rendam dalam air

BEG WATER RESIST:
Pros:
- Compartment lebih easy access
- Banyak outside compartment
- Zip lebih praktikal berbanding rolltop
- Mampu tahan hujan
- Banyak pilihan jenis fabric


Cons:
- Tak boleh rendam dalam air.

 

Conclusion

Saya boleh cakap, majoriti orang tak perlukan pun beg yang waterproof. Kecuali lah anda memang terlibat dengan aktiviti air yang betul-betul extreme.

 

Sebabnya, untuk daily use, kita lebih mementingkan compartment dan ruangan yang banyak untuk kita susun barangan harian kita. Dan apabila sesuatu beg itu banyak compartment, amat sukar untuk menjadikannya water proof.

 


Akhir sekali, izinkan saya untuk promote sikit. Kami di Vaska ada bina beberapa beg yang water resistant. Pakai material yang tak serap air dan beg ini sedap untuk kegunaan harian.

Jemput anda untuk tengok di Website atau Shopee kami.

#SokongMadeinMalaysia

Leave a comment