Kelebihan Zip YKK Dan Kenapa Ianya Begitu Terkenal
Selalu kalau cakap pasal zip, mesti ramai orang yang akan mengaitkan zip dengan perkataan YKK. Kebanyakan kita dapat lihat, tulisan YKK ini ada di kebanyakan zip yang terdapat pada seluar, baju, beg dan jugak semua alatan yang menggunakan zip. Jadi, apa itu YKK ? Kenapa kebanyakan zip ada tulisan YKK ?
Apa itu zip YKK ?
Huruf YKK yang ada pada kebanyakan zip di atas muka bumi ini merupakan singkatan dari perkataan "Yoshida Kogyo Kabushikikaisha" dari bahasa Jepun, maksudnya adalah "Yoshida Company Limited". Syarikat zip ini ditubuhkan oleh individu bernama Tadao Yoshida pada tahun 1934.
Satu fakta menarik yang mungkin ramai tidak tahu tentang syarikat zip YKK ini adalah, dianggarkan separuh daripada zip yang berada di atas muka bumi ini dihasilkan oleh syarikat YKK dan mereka mengeluarkan sekitar 7 billion zip setiap tahu. Zip Ykk ini hadir dalam pelbagai bentuk, size dan juga material untuk pelbagai kegunaan.
Sungguhpun begitu, Yoshida bukanlah manusia pertama yang mencipta zip. Sebenarnya, zip dicipta oleh Whitcomb L. Judson dari Amerika Syarikat sekitar tahun 1890-an. Syarikat Whitcomb kini wujud dengan reka bentuk zip yang lebih baik dari bentul asal dan syarikat tersebut diberi nama Talon Inc. Syarikat ini juga merupakan antara pengeluar zip terbesar di dunia, dan ia digunakan oleh jenama seperti Brooks Brothers, Uniqlo dan lain lain jenama besar.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa YKK tidak hanya membuat zip. Mereka juga ada mengeluarkan pelbagai jenis produk lain. Ini termasuk plastic buckles, D-rings, strap adjusters, snap buttons, washers, rivets dan banyak lagi. Pekakas-pekakas ini kebanyakannya digunakan untuk membuat beg, baju dan jugak jacket.
Akhir kata, zip YKK ni memang begitu famous dan menjadi pilihan manufacturer kerana kualiti binaan dan kelasakkannya. Seth Stevenson pernah mengatakan dalam portal Slate "YKK makes incredibly dependable zippers, ships them on time without fail, offers a wide range of colors, materials, and styles, and never gets badly undercut on price."
Kami bagi pihak Vaska jugak tidak berfikir dua kali untuk menggunakan Zip YKK di setiap produk binaan kami. Ini kerana, kami yakin, zip ini sangat lasak dan mampu untuk bertahan dalam jangka masa yang panjang.
Tekan sini untuk dapatkan beg yang praktikal dan menggunakan Zip YKK:
>> TEKAN SINI
Leave a comment